Senggugut atau dysmenorhoea adalah salah satu simptom apabila seseorang didatangi haid. Ia adalah kesakitan di bahagian bawah abdomen dan pinggang yang berlaku akibat daripada kesan bahan kimia yang dihasilkan ketika haid iaitu prostaglandin yang akan menyebabkan pengecutan otot rahim. Kesakitan yang terjadi itu adalah disebabkan oleh pengecutan rahim yang berlaku itu. Senggugut selalunya akan berlaku sehari sebelum haid dan akan hilang 1-2 hari selepas itu. Antara simptom yang lain yang boleh di alami ketika haid ialah cirit, loya, muntah serta pening kepala.
Terdapat 3 jenis dysmenorrhoea mengikut keterukannya:
1) Mild – sakit yang ringan yang selalunya berlaku pada hari pertama haid iaitu ketika
haid banyak.
2) Moderate – sakit yang lebih teruk sedikit yang berlarutan sehingga 2-3 hari serta
di tambah dengan simptom-simptom yang lain seperti loya, muntah, pening.
kehidupan harian. Keadaan ini perlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor untuk
memastikan tidak ada masalah sakit puan yang lain.
Antara cara untuk mengurangkan masalah senggugut adalah seperti berikut :
1) Analgesik – ubat untuk mengurangkan kesakitan seperti paracetamol,
mefenamic acid (ponstan) dan ibuprofen.
2) Melakukan senaman yang ringan.
3) Menggunakan ‘hot water bag’ di bahagian abdomen untuk mengurangkan
kesakitan.
4) Relaks dan jangan terlalu stres kerana stres, kerisauan dan ketakutan akan menyebabkan senggugut menjadi lebih teruk.





